Sunday, April 24, 2011

adakah sye PENDENGAR YG SETIA???

PENDENGAR YANG SETIA? Bolehkah aku menjadi seorang pendengar yang setia?. Apa yang dikatakan pendengar setia? Mungkin pendengar yang setia itu membawa maksud kita mendengar dengan teliti mengenai sesuatu perkara yang diluahkan oleh sahabat – sahabat , rakan – rakan atau sesiapa sahaja yang menceritakan tentang kisah mereka. Mendengar dengan baik dan seterusnya memberikan tindak balas yang positif tentang apa yang diperkatakan oleh rakan kita tadi.

JADI BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG PENDENGAR YANG SETIA?..

Sebenarnya apabila seseorang rakan menceritakan sesuatu masalah mungkin mereka amat memerlukan Pendapat anda Sebagai seorang Rakan. Bila didatangi oleh rakan kita untuk mengadu tentang sesuatu masalah, kita haruslah memberikan perhatian kepada rakan kita dengan sewajarnya. Itulah tanda anda menghormati rakan dan sekaligus menghargai dirinya kerana dia juga mempercayai kita sebagai rakan untuk meluahkan isi dan segala rahsia hatinya.

Apabila terdapat rakan – rakan yang ingin menceritakan masalah yang sedang dihadapinya, apa yang perlu kita lakukan ialah dengar dengan teliti kemudian berikan pendapat dan nasihat agar rakan kita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan baik.

Jangan sesekali kita menempelak atau mentertawakan kawan – kawan kita yang sedang menghadapi masalah, kita juga tidak seharusnya menokok tambah cerita yang yang kita dengar dari rakan kita tadi supaya emosi rakan kita tadi tak terganggu. Jadi gunakanlah kebijaksanaan kita untuk memberi bimbingan dan dorongan kepada rakan kita agar segala masalah yang ditanggung dan dihadapinya dapat diselesaikan dengan baik.

ADAKAH KITA NI PENDENGAR YANG SETIA?

Menjadi pendengar yang setia bukanlah sekadar setakat MEMASANG TELINGA untuk mengetahui permasalahan rakan kita saja. Sebaiknya kita HENDAKLAH MERAHSIAKAN MASALAH rakan kita daripada diketahui oleh orang lain. Jadilah insan yang amanah agar kita dapat menjadi seorang sahabat yang dipercayai…


NILAI LAH DIRI SYE WAHAI KWN2 KU,,,,(^_^)

No comments: